Tuesday, May 30, 2023
22.7 C
Brunei

    -

    Suara Emas juara sulung Footgolf PFAM

    KUALA LUMPUR, 4 Sept – Pasukan Suara Emas (SE) mengungguli kategori berpasukan edisi sulung Kejohanan Footgolf PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia) Bersama Media 2022 di Bukit Jelutong, Selangor semalam.

    PFAM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan skuad Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) A muncul naib juara, manakala AEQ FG berpuas hati di kedudukan ketiga.

    Bagi kategori individu, pemain SE Hanif Miswan menjuarai saingan selepas mengatasi cabaran wakil AEQ FG Fauzan Dzulkifli di tempat kedua dan seorang lagi pemain SE Wan Nazrul Aisham pula di tempat ketiga.

    Kesemua pemenang menerima wang tunai, trofi dan hamper.

    Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif PFAM Izham Ismail berkata aktiviti tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan antara PFAM bersama pengamal media, selain memupuk semangat kesukanan serta ukhwah antara kedua-dua belah pihak.

    Tiga lagi pasukan yang menyertai kejohanan itu adalah FG Bernama, SAM B dan SemuanyaBOLA.

    Footgolf merupakan acara sukan yang menggabungkan permainan golf dan bola sepak dengan peraturan ala golf. – Bernama 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -