Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Syura kongsi kisah lama selepas 23 tahun

    Penyanyi Syura Badron akhirnya dapat bertemu kembali dengan seorang peminat setianya dikenali sebagai Zaki Jinggo yang mendakwa pernah bercinta dengannya sebelum ini.

    Syura atau Zuraidah Badron, 37, meluahkan rasa gembira dan teruja dapat berkongsi semula kisah lama di antara mereka pada pertemuan itu.

    “Selepas 23 tahun akhirnya kami berjumpa semula. Satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan. Mestilah saya gembira dan teruja dapat berjumpa dengan peminat seperti Zaki.

    “Dia seorang insan istimewa, jadi saya layan dia sebaiknya. Kebetulan saya terlibat dengan sebuah acara di Kuantan, jadi saya cuba mencarinya untuk kami luangkan masa bersama,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa lalu.

    Syura dan Zaki bertemu ketika penyanyi itu terlibat dalam sebuah festival di Kuatan, Pahang.

    Berkongsi lanjut, Syura memberitahu meskipun Zaki merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) namun dia masih mengingati peristiwa dia pernah memegang bahu lelaki itu ketika membuat persembahan sekitar tahun 2000.

    “Saya tak sangka dia boleh cerita semula apa yang berlaku sebelum ini. Ketika itu saya sentuh bahunya dan secara berseloroh meluahkan rasa suka kepadanya tetapi dia tolak ‘cinta’ saya.

    “Saya cuba manfaatkan masa kami bersama sebaik mungkin kerana dia adalah seorang peminat setia saya,” ujarnya. – Agensi

    Syura terharu ada peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...