Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Stephen Chow letak nama 2 pelakon cantik dalam wasiat

    Kecemerlangan karier raja komedi iaitu Stephen Chow selama 34 tahun menjadikannya sebagai salah seorang selebriti terkaya di Hong Kong.

    Dilaporkan Stephen, 62, memiliki kekayaan bernilai AS$185 juta atau RM877 juta hasil daripada lakonan dan pengarahan selain terlibat dalam beberapa jenis perniagaan.

    Bagaimanapun, menurut laporan mStar, pelakon filem Shaolin Soccer itu tidak bercadang meninggalkan semua harta tersebut kepada keluarga sebalik ada perancangan lain.

    Stephen menerusi hantaran di laman sosial Weibo mendedahkan dia mewasiatkan sebahagian daripada kekayaannya kepada dua pelakon wanita iaitu Cecilia Cheung dan Xu Jiao.

    Cecilia diketahui memang mempunyai hubungan akrab dengan Stephen memandangkan mereka banyak terlibat dalam pelbagai filem seperti King of Comedy pada 1999, Shaolin Soccer (2001) dan The New King of Comedy (2019).

    Manakala Xu Jiao pula pernah berlakon bersama Stephen dalam filem komedia sci-fi berjudul CJ7 ketika usianya lapan tahun.

    Sejak itu, hubungan mereka bertambah akrab dan dilaporkan Xu Jiao juga adalah anak pembaptisan Stephen dan turut membantu pelakon berusia 26 tahun itu dari segi kewangan.

    Untuk rekod, Stephen tidak pernah berkahwin atau pun mempunyai anak. – Agensi

    Stephen Chow dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak RM877 juta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI - Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan...