Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Taklimat khas bagi bakal jemaah haji

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) selaku pengendali pakej haji terkenal di negara ini, hari ini, telah mengadakan taklimat bagi bakal jemaah haji tahun ini yang berdaftar dengan syarikat berkenaan.

    Majlis berlangsung di Serambi Suluh, Bangunan Pusat Kesenian, di ibu negara di mana taklimat antaranya memfokuskan kepada persiapan bakal jemaah haji sebelum berlepas ke tanah suci Mekah dan Madinah, di samping mengongsikan ilmu-ilmu berkaitan haji, logistik dan segala kegiatan yang dapat dimanfaatkan sepanjang perjalanan ibadah suci mereka nanti.

    Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed selaku ketua delegasi, dalam ucapan perasmiannya antara lain menyatakan bahawa setiap tahun pihak pengurusan DHSB merancang pelbagai strategi dan pelan tindakan sebagai usaha yang berterusan untuk memberikan perkhidmatan dan layanan sebaik mungkin bagi menepati kehendak dan jangkaan para pelanggan DHSB yang menjadi duyuf-fur-Rahman khususnya pada ketika negara masih lagi bergolak dengan virus COVID.

    Beliau turut menekankan pihak syarikat dan bakal jemaah haji untuk sentiasa memainkan peranan yang sangat penting dalam sama-sama menjaga keselamatan diri dengan mematuhi apa jua nasihat dan saranan pihak kerajaan melalui pegawai perubatan haji yang bertugas di tanah suci nanti serta mengambil berat mengenai peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi.

    “Selain itu, yang paling utama adalah dari segi peribadatan yang perlu bagi semua para jemaah haji memberikan tumpuan dan cuba meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan boleh merosakkan niat sekali gus merosakkan ibadah haji para jemaah,” ujarnya.

    Haji Mahmud turut berkongsi bahawa seramai 10 orang pegawai petugas haji DHSB telah dilantik bagi melaksanakan persediaan operasi haji pada tahun ini. Para petugas berkenaan akan melaksanakan tugasan yang merangkumi dari segi peribadatan, kebajikan, logistik dan segala yang berkaitan dengan pengurusan haji.

    Antara bakal jemaah haji pada tahun ini yang menghadiri taklimat yang diadakan di Serambi Suluh, Bangunan Pusat Kesenian, di ibu negara kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...