Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Tali pinggang Ali dibeli AS$6.18 juta

    WASHINGTON, 27 JULAI – Tali pinggang kejohanan legenda tinju, Muhammad Ali daripada kemenangan Rumble in the Jungle pada tahun 1974 ke atas George Foreman telah dibeli oleh pemilik Indianapolis Colts, Jim Irsay dengan harga AS$6.18 juta.

    Irsay yang juga pengumpul memorabilia terkenal telah mengumumkan pembelian tersebut di Twitter, berkata, dia ‘berbangga menjadi penjaga’ tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) yang bersejarah.

    Irsay turut memberitahu bahawa tali pinggang itu mungkin akan dipamerkan pada pameran koleksinya pada Ogos nanti di Chicago serta pada bulan September di Indianapolis.

    Harga jualan tersebut menerusi Lelongan Warisan, dilaporkan oleh Sports Collectors Daily, disebut sebagai harga tertinggi yang pernah dibayar bagi barang memorabilia sukan.

    Di sebalik kisah tali pinggang tersebut, Ali mengecewakan Foreman yang tidak pernah kalah sebelum ini di Kinshasa, Zaire (kini Republik Demokratik Congo) dengan lapan pusingan kalah mati untuk merampas semula mahkota heavyweight dunia.

    Ali meninggal dunia pada 2016 pada usia 74 tahun dan mengekalkan gelaran WBC sehingga tewas kepada Leon Spinks pada 1978. – AFP

    Aksi Muhammad Ali (tengah) menumbangkan juara bertahan heavyweight, George Foreman, pada pusingan kelapan pertarungan kejuaraan WBC pada 30 Oktober 1974, di Kinshasa, Zaire. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...