Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Jaket angkasawan Apollo 11 dijual AS$2.7 juta

    NEW YORK, 27 JULAI – Jaket yang pernah dipakai oleh angkasawan Amerika Syarikat (AS), Buzz Aldrin semasa pergi ke bulan menaiki Apollo 11 pada 1969 dilelong dengan harga AS$2.7 juta di New York kelmarin, menurut kenyataan Sotheby’s.

    Jaket berwarna putih, dihiasi dengan bendera negara AS, mempunyai perkataan NASA, pakaian yang digunakan dalam misi Apollo 11 dan nama ‘E. ALDRIN’ tertampal pada jaket tersebut, adalah sebahagian daripada barangan koleksi bekas angkasawan yang kini berusia 92 tahun setelah beliau memutuskan untuk menjualnya.

    “Pakaian yang sangat jarang ditemui itu menjadi rebutan beberapa pembida selama 10 minit sebelum dijual kepada pembida menerusi telefon,” kata Sotheby’s dalam satu kenyataan.

    “Selepas mempertimbangkannya, ini adalah masa yang sesuai untuk mengongsikan barangan itu kepada dunia, bagi kebanyakan orang ia adalah simbol detik bersejarah, tetapi bagi saya ia sentiasa kekal sebagai kenangan peribadi tentang kehidupan yang didedikasikan kepada sains dan penerokaan,” kata salah seorang daripada tiga ahli kru penerbangan Apollo 11 yang masih hidup, Aldrin dalam satu kenyataan minggu lalu.

    Beliau menjelaskan jaket itu berbeza daripada pakaian angkasa lepas yang pernah dipakainya semasa berjalan di permukaan bulan bersama rakannya, Neil Armstrong, tetapi beliau memakainya semasa berlepas dan mendarat dari bulan. – AFP

    Jaket penerbangan yang pernah dipakai oleh Buzz Aldrin pada 1969 telah dijual pada acara lelong di New York dengan harga AS$2.7 juta. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia tuduh China berkelakuan bahaya berkaitan jet pejuang

    MELBOURNE, 7 MEI - Australia telah memprotes Beijing melalui pelbagai saluran bahawa sebuah jet pejuang China membahayakan helikopter tentera laut Australia dengan suar di...