Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Taliban kuat kuasa sepenuhnya undang-undang syariah

    KABUL, 14 NOV – Pemimpin tertinggi Afghanistan telah mengarahkan hakim untuk menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang syariah merangkumi hukuman di khalayak ramai, rejam dan sebat serta potong anggota badan bagi pencuri, kata jurucakap ketua Taliban.

    Zabihullah Mujahid dalam ciapannya pada lewat Ahad mengatakan perintah ‘wajib’ oleh Hibatullah Akhundzada dibuat selepas pemimpin rahsia itu bertemu dengan sekumpulan hakim.

    Akhundzada yang tidak pernah dirakamkan atau bergambar di khalayak umum sejak Taliban kembali berkuasa dalam Ogos tahun lalu, memerintah melalui dekri dari Kandahar, pusat kelahiran dan rohaniah gerakan itu.

    Taliban telah menjanjikan versi pemerintah yang lebih berlembut berbanding tahun-tahun awalnya berkuasa dari 1996-2001, namun kini ia beransur-ansur mengekang hak asasi dan kebebasan.

    Mujahid bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut mengenai ciapannya itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...