Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Taman Mahkota Jubli Emas perlu dibaik pulih

    Kunjungan ke Taman Mahkota Jubli Emas baru-baru ini amat mengecewakan saya.

    Saya masih ingat ketika ia mula dibuka dan betapa terujanya semua orang kerana mempunyai taman awam yang sangat indah.

    Namun pada masa ini, ia berada dalam keadaan yang begitu menyedihkan.

    Laluan pejalan kaki tidak dalam keadaan baik, ada yang ‘terkubak’ di sana sini yang sudah semestinya membahayakan pejalan kaki apatah lagi bagi orang yang sentiasa melakukan aktiviti riadah seperti jogging dan sebagainya.

    Dalam pada itu, tandas juga kelihatan seperti tandas jelmaan ‘alam misteri’ saja, kotor dan tong sampah disediakan pula dilimpahi sampah, manakala sisa plastik boleh didapati di semua sudut dan celah tandas itu.

    Kita telah dianugerahkan taman yang indah untuk dinikmati dan sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan adalah untuk mengekalkannya dengan baik.

    Tetapi, adakah ia di luar kemampuan pihak relevan untuk mengambil berat tentang kepentingan penjagaan taman tersebut?

    Saya sarankan agar pihak relevan melihat sendiri dan mengambil serius mengenai keadaan taman itu.

    Laksanakanlah kerja pembaikan dan kekalkanlah keindahannya bagi menjaga imej negara serta keselesaan pengunjung ke taman itu.

    Dayang Wardah

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...