Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tamanivalu sertai skuad Fiji

    WELLINGTON, NEW ZEALAND, 7 JUN – Bekas pemain sayap All Blacks, Seta Tamanivalu diserapkan dalam skuad Fiji untuk beraksi dalam Piala Negara-negara Pasifik, menjadikannya sebagai seorang pemain Fiji pertama yang mewakili negara asalnya di bawah undang-undang kelayakan Dunia Ragbi, baru-baru ini.

    Tamanivalu beraksi dalam lima perlawanan antarabangsa untuk New Zealand pada tahun 2016 dan 2017 serta di bawah undang-undang sebelumnya yang menyatakan bahawa pemain tidak dibenarkan bermain untuk negara lain. Walau bagaimanapun, undang-undang yang membenarkan para pemain untuk mewakili negara lain selepas tiga tahun tidak melanggar undang-undang tersebut yang telah dikuatkuasakan pada Januari tahun ini.

    Perubahan pada undang-undang itu menumpukan kepada pemain daripada kepulauan Pasifik yang telah bermain untuk negara Tier Satu seperti New Zealand, Australia atau England, dan kemudian kepada pemain yang berhasrat untuk mewakili negara asalnya.

    Sementara itu, Tamanivalu membuat penampilan dalam 33 perlawanan Super Ragbi untuk Crusaders manakala baru-baru ini, dia telah beraksi untuk kelab di Perancis dan Jepun.

    Dia disertai oleh 16 pemain dari pasukan Fiji Drua dalam skuad Fiji yang membuat penampilan sulungnya dalam Super Ragbi Pasifik pada musim ini. Tamanivalu adalah salah seorang daripada 10 pemain yang tidak beraksi untuk Fiji sebelum ini. – AP

    Gambar fail menunjukkan aksi Seta Tamanivalu (tengah) berjaya menembus benteng pertahanan Perancis dalam perlawanan antarabangsa ragbi di Decines, Lyon, Perancis pada 14 November 2017. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...