Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tasik Urmia diancam kekeringan

    TEHRAN, 6 SEPT – Tasik Urmia di Iran akan kering sepenuhnya jika usaha menyelamat tidak diberi keutamaan berbanding keperluan petani semasa musim kemarau yang melanda wilayah itu, kata pegawai alam sekitar hari ini.

    Amaran tersebut dibuat hanya empat tahun selepas program yang dibiayai oleh kerajaan Jepun memberikan harapan untuk menstabilkan yang dahulunya tasik terbesar di Timur Tengah dan kini menjadi salah satu bencana ekologi terburuk dalam beberapa dekad kebelakangan.

    “Jika kuota air tidak dihantar dan rancangan yang telah diluluskan tidak dilaksanakan, maka tasik ini akan kering dan tiada harapan ia boleh dipulihkan,” kata ketua jabatan alam sekitar bagi unit tanah lembap, Arezoo Ashrafizadeh.

    “Menurut undang-undang, kementerian tenaga diberikan tanggungjawab untuk menyediakan keperluan air alam sekitar untuk Tasik Urmia,” dia memberitahu agensi berita Iran, ISNA.

    “Tetapi tasik tersebut tidak menerima keperluan air yang antaranya disebabkan oleh kekurangan turunan hujan.” Ashrafizadeh berkata terdapat keperluan untuk menghentikan semua pembinaan empangan dan langkah-langkah untuk ‘menghentikan aktiviti pertanian’ jika tasik itu ingin dipulihkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...