Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tatum, Brown bantu Celtic benam Warrior

    BOSTON, 9 JUN – Jayson Tatum dan Jaylen Brown memperoleh 53 mata digabung ketika Boston Celtics menewaskan Golden State Warriors 116-100 untuk mendahului 2-1 dalam perlawanan akhir NBA, kelmarin.

    Boston, dibelasah oleh Warrior dalam Game 2 di San Francisco pada Ahad lalu, kini bangkit menguasai permainan untuk kembali mendapatkan siri tujuh pasukan terbaik dalam perlawanan sengit di halaman sendiri.

    Dalam perlawanan tersebut, Brown mendahului Boston dengan menjaringkan 27 mata, manakala Tatum memperoleh 26 mata dan Marcus Smart berjaya mendapatkan 24 mata ketika Celtic mara dengan dua kemenangan untuk dinobatkan sebagai juara NBA ke-18. Robert Williams III, menjadi bintang pemain yang memberi nafas baharu kepada pertahanan Boston, merampas 10 rebound, menghalang empat percubaan dan membuat rampasan untuk memberi tekanan kepada Warriors.

    Stephen Curry pula mendahului Golden State dengan memperoleh 31 mata ketika Klay Thompson berjaya menjaringkan 25 mata tetapi perolehan mata tersebut tidak mencukupi bagi pasukan Steve Kerr.

    Sementara itu, jurulatih Celtics, Ime Udoka mengatakan bahawa aksi yang dipamerkan Williams dan Al Horford adalah kunci kepada kemenangan tersebut.

    Jurulatih Warriors, Kerr mengongsikan bahawa pasukannya telah berusaha sepanjang perlawanan tersebut.

    “Mereka telah melakukan yang terbaik. Mereka berhak mendapatkan kemenangan tersebut. Mereka letak-kan tekanan kepada kami sehingga mengalami kesukaran dalam perlawanan itu,” katanya.

    Dalam perlawanan tersebut juga menyaksikan jaringan three-point daripada Curry yang kelihatan seperti ia adalah detik untuk kembali bangkit pada suku ketiga perlawanan, memberikan Golden State pendahuluan pertama mereka dengan keputusan berada pada 83-82.

    Walau bagaimanapun, Boston enggan menyerah dan kembali bangkit untuk mengejar kedudukan tersebut dengan empat mata mendahului sehingga masuk ke suku keempat, kemudian menambah 11 mata pendahuluan untuk menamatkan perlawanan tersebut dan meraih kemenangan. – AFP

    Aksi Grant Williams melepasi pertahanan Golden State Warrior untuk menjaringkan mata dalam Game 3, perlawanan akhir NBA di Boston, Massachusetts. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...