Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Taufan Ian terus mengganas di AS

    FORT MYERS, AMERIKA SYARIKAT, 2 OKT – Komuniti Florida terkejut pada Sabtu berdepan dengan skala kemusnahan teruk yang dibawa oleh Taufan Ian, apabila angka kematian daripada salah satu ribut paling kuat yang pernah melanda Amerika Syarikat (AS) meningkat secara berterusan kepada berpuluh-puluh orang.

    Pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang terselamat di kawasan kejiranan yang tenggelam dan di sepanjang pantai barat daya negeri itu, di mana rumah, restoran dan perniagaan musnah apabila Ian menderu ke darat sebagai taufan Kategori 4 yang terkuat pada Rabu.

    Angka kematian berkaitan ribut yang disahkan berjumlah 25 orang di seluruh negeri, menurut Suruhanjaya Pemeriksa Perubatan Florida, tetapi laporan kematian tambahan yang masih diterima di setiap daerah menunjukkan angka akhir yang jauh lebih tinggi.

    Lee County sahaja yang terjejas teruk mencatatkan sebanyak 35 kematian, menurut syerif kawasan itu, manakala media AS termasuk NBC dan CBS mencatatkan lebih 70 kematian sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan ribut itu.

    Di negeri pantai Carolina Utara, pejabat gabenor mengesahkan empat kematian berkaitan ribut di sana, sebagai tanda skop raksasa Ian yang menakjubkan. – AFP

    Gambar menunjukkan bahagian Jalan Pine Island yang rosak dan rumah yang musnah akibat Taufan Ian di Matlacha, Florida, 1 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...