Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Tazkirah Haji serikan malam munajat

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Tazkirah bertajuk ‘Tarbiah Di Sebalik Ibadah Haji’ menyerikan Majlis Malam Munajat ke-41 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang berlangsung secara maya, baru-baru ini.

    Turut menyertai majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Tazkirah disampaikan oleh Penolong Pensyarah Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Haji Mohd Syahiran bin Haji Mohd Sofian secara maya dari Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak.

    Majlis kali ini telah disertai oleh warga kerja serta keluarga dari Kementerian Pendidikan di samping penglibatan para jemaah dari masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Kemudian, acara diisi dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai sebelum bacaan Doa Munajat bagi memohon keampunan Allah SWT agar terhindar daripada bala bencana serta segala penyakit berbahaya.

    Selesai tazkirah, majlis diikuti dengan bacaan Asma’ul Husna dan selawat beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa me-nyertai Malam Munajat minggu ke-41 secara maya, baru-baru ini. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...