Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tembok EU-Belarus siap dibina

    WARSAW, 30 JUN – Poland berkata hari ini ia sudah menyiapkan binaan tembok keluli sepanjang sempadan Belarus untuk menghalang pendatang, selepas ia menyalahkan Minsk kerana membenarkan kemasukan untuk ‘menyahstabilkan’ rantau itu.

    Puluhan ribu penghijrah dan pelarian terutama dari Timur Tengah telah menyeberang atau percubaan menyeberang masuk ke Poland dari Belarus sejak musim panas lalu.

    Barat telah menuduh rejim Belarus merancang kemasukan itu bersama sekutunya Rusia dalam serangan ‘hibrid’, sejenis taktik perang – satu dakwaan yang dinafikan Minsk.

    “Sekatan yang kami bina itu telah memisahkan kami daripada pemerintahan diktator (pemimpin Belarus Alexander) Lukashenko,” kata Menteri Dalam Negeri Poland,Mariusz Kaminski kepada wartawan. – AFP

    Seorang pengawal sempadan meronda kawasan tembok yang siap dibina antara Poland dan Belarus, dekat Kuznice, Poland pada 30 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...