Thursday, May 9, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ten Hag yakin dengan Martial, Weghorst

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 8 FEB – Erik ten Hag menegaskan dia menaruh kepercayaan ke atas Anthony Martial dan Wout Weghorst ketika penyerang Manchester United itu bergelut dengan masalah kecergasan dan prestasi.

    Martial diketepikan kerana senarai baharu kecederaan yang panjang, dengan masalah pinggul dikatakan menghalangnya daripada beraksi dalam pertembungan United dengan musuh ketat Leeds di Old Trafford hari ini.

    Penyerang Perancis itu hanya membuat 14 penampilan dalam semua pertandingan musim ini dan masih belum bermain sepenuhnya.

    Martial menghabiskan separuh masa kedua musim lalu secara pinjaman di Sevilla tetapi gagal mempamerkan aksi cemerlang, dengan kecederaan sekali lagi menjadi masalah.

    Namun bos United, Ten Hag kekal sebagai peminat pemain berusia 27 tahun itu dan mahu memberinya satu lagi peluang untuk membuktikan kemampuannya.

    “Dia tidak selalu ada, tetapi saya juga melihat sisi lain apabila dia tersedia. Dia tidak pernah 100 peratus cergas musim ini tetapi dia memiliki impak yang besar setiap kali dia ada, walaupun dia berada pada 80, 85, 90 setiap peratus,” Ten Hag memberitahu pemberita.

    “Jadi kami mahu melakukan segala-galanya dan Anthony Martial memberikan segala-galanya.

    “Saya rasa Anthony Martial adalah pemain yang menghabiskan paling banyak masa di Carrington musim ini, untuk pulih, untuk kembali, saya bersimpati kepadanya.”- AFP

    Penyerang Perancis Manchester United, Anthony Martial bersama pengurus Erik ten Hag. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...