Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Tentera Iran lancar pangkalan udara taktikal bawah tanah

TEHRAN, 8 FEB – Tentera Iran semalam melancarkan pangkalan udara taktikal bawah tanah dikenali Oqab-44 (Eagle 44), lapor Xinhua.

Pada upacara pelancaran itu, Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera Iran Mohammad Baqeri dan Komander Tentera Abdolrahim Mousavi turut mengunjungi pangkalan udara berkenaan, lapor Agensi Berita IRNA.

Terletak di pergunungan, kemudahan itu mempunyai keupayaan berlepas dan mendarat untuk jet pejuang, jet pengebom dan kenderaan udara tanpa pemandu.

Pangkalan udara itu menempatkan pelbagai kemudahan lain seperti  stesen amaran, tempat penyimpanan pesawat serta pusat pembaikan dan penyelenggaraan selain dilengkapi peralatan navigasi dan lapangan terbang serta tangki bahan api. – Bernama

Pasukan penyelamat China tiba di Adana, selatan Turkiye awal pagi tadi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan bencana gempa bumi. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -