Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Aifa lancar tiga penyaman udara baharu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB– Aifa Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tiga jenama penyaman udara Aifa, LG dan Elba terbaharu dengan sistem penjimatan elektrik yang diiktiraf oleh Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, yang berlangsung di premisnya di Jalan Utama Berakas, Kampung Berakas.

    Menurut Pengarah Urusan Aifa Sdn Bhd, Dr Andy Lau Sie Chuong, pelancaran penghawa dingin yang diiktiraf di bawah Akta Piawaian dan Pelabelan, Bab 233 adalah yang pertama kali diadakan. Ia bertujuan untuk memberi maklumat lanjut kepada pelanggan mengenai produk berkenaan dan membuat pilihan yang lebih bijak dalam membeli penyaman udara cekap tenaga.

    Ketiga-tiga penyaman udara tersebut merupakan barisan penyaman udara yang dilengkapi dengan teknologi terkini sehingga berjaya mendapat ‘Label Tenaga’ (Energy Efficiency) dan sangat digalakkan untuk kegunaan komersial dan persendirian.

    Antara penyaman udara yang paling jimat yang dipamerkan semasa pelancaran berkenaan ialah penyaman udara LG.

    Penyaman udara tersebut menggunakan pemampat dual inverter untuk pertama kalinya dan ketiga-tiga penyaman udara berkenan juga dilengkapi dengan teknologi canggih yang memberikan penjimatan tenaga yang luar biasa, dapat beroperasi pada tahap daya terendah tanpa mempengaruhi kapasiti penyejukan.

    Teknologi pemampat ini juga membantu peranti beroperasi dengan bunyi yang paling rendah dan ketahanan tertinggi.

    Dr Andy Lau ketika memberikan ucapan alu-aluan sempena pelancaran produk berkenaan.
    Dr Andy Lau menerangkan mengenai tiga produk penyaman udara dengan sistem terbaharu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...