Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Terajui urus tadbir sektor minyak, gas

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Pada hari pertama Persidangan Musim Permesyuaratan ke-18 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis hari ini, ahli-ahli yang berhormat menyembahkan sembah menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas titah pembukaan rasmi persidangan bagi tahun ini.

    Pada usul menjunjung kasih, ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim menyokong penuh sembah menjunjung kasih Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Yang Berhormat Pehin menjelaskan, sesungguhnya titah Baginda itu adalah amat ditunggu-tunggu oleh rakyat dan penduduk negara.

    Dalam usul menjunjung kasih itu, Yang Berhormat Pehin turut menggariskan antara titah Baginda mengenai perkembangan positif usaha berterusan agensi yang berkaitan dalam usaha mempelbagaikan ekonomi negara.

    Dalam sektor minyak dan gas negara, kita mengambil maklum telah ada perancangan dalam proses pemBruneian bagi menerajui urus tadbir di sektor tersebut, jelasnya, perkara ini telah dikongsikan pada sesi muzakarah bersama kementerian berkenaan.

    “Proses tersebut masih berjalan dan akan dilaksanakan mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan dan berdoa semoga proses tersebut akan terus berjalan,” jelasnya.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani menyampaikan ucapan pada Persidangan MMN kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...