Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Terap nilai murni kalangan pelajar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 24 JULAI – Sebagai medium pendidikan kepada para pelajar, Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Sekolah Arab Belait (SAB) telah mengadakan Program Keagamaan Senegara bagi bulan Julai di surau sekolah itu, kelmarin.

    Program itu telah dihadiri oleh semua warga sekolah terdiri daripada tenaga pe-ngajar, kakitangan dan semua pelajar Sanah 5 hingga 8 termasuk para pelajar dari Latihan Industri Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Acara dimulakan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah, bacaan Sayyidul Istighfar; Surah Al-Fatihah disusuli dengan tazkirah bertajuk ‘Kepimpinan Adil dan Bijaksana Suluh Negara’ yang disampaikan oleh tenaga pengajar SAB, Awang Zuhairin bin Abdul Rahman.

    Antara petikan tazkirahnya itu menekankan kedudukan agama Islam di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang jelas semakin kukuh dan berkembang.

    Menurutnya, pemerkasaan syiar Islam turut dipusatkan kepada penerapan nilai-nilai Islam melalui sistem pentadbiran negara dalam memantapkan akidah, penyebaran agama Islam, menegakkan keadilan dan mempertahankan Brunei sebagai negara Melayu Islam Beraja.

    Selesai tazkirah, program itu diakhiri dengan bacaan Doa Perlindungan daripada wabak COVID dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh pelajar Sanah 7, SAB, Awang Ahmad Hadi Rifqi Aminorddin.

    Awang Zuhairin (kiri) mendengarkan bacaan doa seorang pelajar SAB.
    Antara pelajar SAB yang menghadiri Program Keagamaan Senegara. – Gambar oleh Daniel Lim

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...