Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Itali lapor lebih 400 kes cacar monyet

    ROM, 24 JULAI – Lebih 400 kes cacar monyet telah direkodkan di Itali, kata Ketua Pengarah bahagian Pencegahan Kementerian Kesihatan negara itu Gianni Rezza selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak penyakit itu sebagai kecemasan kesihatan awam.

    Rezza dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata Itali telah mencatat 407 kes cacar monyet setakat ini, tetapi keadaan adalah terkawal, lapor Sputnik. Menurut ketua pengarah WHO, lebih 16,000 kes cacar monyet telah direkodkan di 75 negara dan wilayah, dengan lima kematian setakat ini.

    Virus cacar monyet tidak mudah berjangkit dan biasanya akan merebak melalui kontak fizikal yang rapat, termasuk hubungan seksual dengan individu yang dijangkiti. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...