Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Tergoda kilauan emas, polis bantuan dipenjara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Mahkamah Majistret Sabtu lalu telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang pegawai polis bantuan berusia 36 tahun kerana menggelapkan gelang emas seorang wanita berusia 51 tahun.

    Majistret Kanan Harnita Zelda Skinner, semasa menjatuhkan hukuman berkata APO Lans Koperal 6370 Azlan Shah bin Haji Putera telah mengakibatkan trauma terhadap mangsa disebabkan oleh perbuatannya itu, ia diburukkan lagi dengan fakta bahawa defendan telah berkhidmat selama 17 tahun.

    Defenden, seorang pesara polis, mengambil tujuh utas gelang emas yang ditemuinya dan tidak menyerahkannya kepada polis sebagai kes hilang, sebaliknya menjualnya dengan harga bawah $7,000.

    Pendakwa Raya Nur Zahidah Farhanah binti Abdul Aziz mendedahkan di mahkamah mengenai kejadian yang membawa kepada penahanan defendan.

    Pada pertengahan Ogos, ketika defendan memandu pulang ke rumah flat dari bekerja pada sebelah petang dan meletak kenderaan berhampiran longkang, dia terjumpa sebuah beg apabila turun dari kereta.

    Apabila melihat ke dalam beg itu, dia mendapati ia mengandungi tujuh utas gelang emas dan menyimpannya, hanya menunggu untuk dihubungi oleh pemiliknya.

    Apabila menyedari tiada sesiapa datang untuk menuntut daripadanya menjelang September, defendan kemudian menjual tiga daripadanya kepada kedai perhiasan dan memperoleh kira-kira $2,800 yang dibelanjakannya untuk telefon bimbit.

    Pada Oktober, defendan menjual empat lagi gelang itu, memperoleh $4,100. Dia kemudian membeli telefon, membelanjakannya untuk dirinya sendiri malah menukar $1,000 daripadanya kepada RM3,100.

    Pemilik gelang itu membuat laporan polis serta-merta apabila menyedari dia kehilangan gelang itu, dan ini membawa kepada penahanan defendan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...