Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Terra tampil lasak

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Boustead Sdn Bhd selaku pengedar kereta Nissan di Brunei baru-baru ini, telah melancarkan Nissan Terra 2021 pada majlis pelancaran eksklusif bersama para jemputan khas terdiri daripada media-media tempatan bertempat di Ampitheater Jerudong.

    Menurut Boustead, SUV Nissan Terra baharu itu menampilkan reka bentuk premium terkini dan peningkatan dalaman yang memberikan keselamatan dan hiburan menarik untuk seisi keluarga.

    Pembantu Pengurus Jualan Nissan, Haji Shahrum bin Haji Jaafar berkata, generasi pertama Nissan Terra dilancarkan pada Januari 2019 dan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pasaran Brunei dengan reka bentuk terbaik dalam kelasnya dan prestasi enjin 2.5L Diesel Turbocharged yang menjana 188 kuasa kuda dan tork 450Nm.

    “Bukan sekadar kereta yang luas tetapi Nissan Terra juga memberikan keselesaan semasa memandu dengan tempat duduk graviti sifar dan suspensi berbilang,” tambahnya.

    Semasa pelancarannya, tiga unit Nissan Terra dipamerkan dengan tiga konsep berbeza, berkaitan dengan mesej komunikasi utama yang menunjukkan Nissan Terra baharu sesuai dan cukup lasak untuk mengatasi sebarang keadaan sambil menawarkan keselesaan, kemudahan dan keselamatan terbaik dalam kelasnya.

    Boustead Sdn Bhd telah melancarkan Nissan Terra 2021 pada majlis pelancaran eksklusif di Ampitheater Jerudong. – Gambar serahan Boustead Sdn Bhd

    Sama seperti generasi sebelumnya, Nissan Terra 2021 dikuasakan dengan Enjin Diesel Turbocharged 2.5L dengan kuasa maksimum 188hp dan tork maksimum 450Nm.

    Dilancarkan dengan dua varian, 2WD Gred Tinggi dan 4WD Gred Premium, kedua-duanya boleh didapati dalam lima warna iaitu merah, hitam, kelabu, putih dan perak.

    Bahagian luar direka semula dengan penampilan anggun dan elegan dengan fril V-Motion Front dan empat lampu besar projektor LED baharu dengan lampu siang LED.

    Sementara itu, bahagian belakang direka semula dengan lampu belakang LED yang melengkapkan penampilan yang dilabelkan sebagai SUV premium.

    Di dalam, ia dilengkapi dengan rekaan papan pemuka dan konsol tengah baharu yang anggun termasuk audio paparan skrin sentuh AIVI bersaiz 9 inci untuk gred premium dan audio paparan skrin sentuh AIVI 8 inci untuk gred tinggi bagi sambungan ke sistem pemanduan dan aplikasi hiburan.

    Orang ramai yang berminat untuk melihat lebih dekat kenderaan tersebut, bolehlah kunjungi Bilik Pameran Nissan di Beribi atau Kuala Belait mulai 3 Januari.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...