Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Terumbu Besar Sawar diancam ‘pemutihan’

    SYDNEY, 18 MAC – Terumbu Besar Sawar sekali lagi mengalami pemutihan ‘berleluasa’, kata pihak berkuasa hari ini, ketika suhu lautan yang lebih tinggi daripada purata di luar pantai Australia mengancam tapak Warisan Dunia itu.

    Pengawasan udara di atas terumbu mendedahkan kerosakan berpunca daripada stres kepanasan daripada pemutihan sederhana hingga teruk di rangkaian terumbu sepanjang 2,300 kilometer, kata Pihak Berkuasa Taman Marin Terumbu Besar Sawar.

    “Pemutihan telah dikesan di seluruh Taman Marin – ia kelihatan berleluasa tetapi tidak seragam di seluruh kawasan, daripada sederhana kepada serius,” kata pihak berkuasa dalam pengemaskinian mingguannya.

    Dalam tempoh seminggu lalu, suhu laut di seluruh taman marin mencecah antara 0.5 dan dua darjah Celsius melebihi purata, sementara kawasan utara dan pedalaman mencatat suhu di antara dua dan empat darjah melebihi purata.

    “Terumbu paling teruk terjejas adalah di sekitar rantau Townsville. Terdapat laporan kematian awal di mana stres tertinggi dicatat.”

    Berita itu keluar sebelum kunjungan UNESCO ke terumbu untuk memeriksa keadaan tapak, memaklumkan keputusan mengenai penyenaraian warisannya yang dijangka dipertimbang pada Jun.

    Pemutihan berlaku apabila terumbu sihat menjadi stres akibat peningkatan dalam suhu lautan, mendorongnya mengeluarkan alga yang hidup dalam tisu mereka, sekali gus melunturkan warnanya.

    Berlakunya lima peristiwa pemutihan besar-besaran di Terumbu Besar Sawar yang dicetuskan oleh suhu laut yang panas sejak 1997, meninggalkan kebanyakan terumbu yang terjejas bergelut untuk hidup. – AFP

    Gambar diambil pada 7 Mac 2022 menunjukkan keadaan karang di Terumbu Besar Sawar Australia, dibelenggu insiden pemutihan ‘berleluasa’, kata pihak berkuasa kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...