Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Mahkamah Peru perintah bekas presiden dibebaskan

    BOGOTA, COLOMBIA, 18 MAC – Mahkamah Perlembagaan Peru kelmarin memerintahkan pembebasan bekas Presiden, Alberto Fujimori, yang dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana pencabulan hak asasi manusia ketika pentadbirannya pada era 1990an.

    Mahkamah tertinggi negara itu meluluskan ‘habeas corpus’, sekali gus membatalkan penghakiman pada 2017 yang menggantung pengampunan Fujimori atas alasan tidak sah, lapor agensi Anadolu.

    Pengampunan diberikan Presiden Pedro Pablo Kuczynski, berikutan Fujimori mengalami masalah jantung.

    Fujimori, 83, dimasukkan ke hospital pada 3 Mac lalu, selepas mengalami serangan jantung ketika menjalani hukuman penjara sejak 2007.

    Beliau telah didakwa bertanggungjawab terhadap dua tragedi pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera pada 1991 dan 1992 mengakibatkan 25 orang terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak.

    Seorang ahli agronomi berketurunan Jepun, Fujimori mengalahkan pemenang Hadiah Nobel, Mario Vargas Llosa.

    Beliau kekal sebagai tokoh kontroversi di Peru, kerana didakwa menghapuskan kumpulan gerila Shining Path dan memimpin kerajaan autoritarian yang mengamalkan pelanggaran hak asasi manusia.

    Fujimori meletak jawatan pada 2000. Pada 2005, beliau ditahan di Chile dan dihantar ke Peru.

    Bekas presiden itu dibebaskan pada 2017 selama sebulan sebelum dipenjarakan sekali lagi.

    Anak perempuan Fujimori, Keiko Fujimori, yang bertanding jawatan pre-siden di Peru sebanyak tiga kali berkata, ayahnya mempunyai masalah kesihatan yang teruk dan berhak mendapat pengampunan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...