Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    UCL: Perlawanan Chelsea, Real bakal curi tumpuan

    PARIS, 18 MAC – Juara bertahan, Chelsea diundi bertemu pemenang Liga Juara-Juara 13 kali, Real Madrid dalam saingan suku akhir kejohanan itu hari ini, sementara Manchester City akan bertemu Atletico Madrid.

    Sementara itu, Liverpool bakal berdepan Benfica dan Bayern Munich diundi bertemu pasukan Sepanyol, Villarreal.

    Chelsea berharap untuk mempertahankan kejuaraan di pentas Eropah meskipun kemelut yang melanda Stamford Bridge, yang terpaksa dijual selepas kerajaan Britain mengenakan sekatan ke atas pemilik dari Rusia, Roman Abramovich berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Pasukan kendalian Thomas Tuchel akan melayani kunjungan Real Madrid dalam pusingan pertama pada 5 atau 6 April, sebelum bertandang ke Santiago Bernabeu seminggu kemudian.

    Dilaporkan Chelsea berkemungkinan terpaksa bermain perlawanan Liga Juara-Juara di laman sendiri yang seterusnya tanpa kehadiran peminat disebabkan oleh sekatan Kesatuan Eropah ke atas Abramovich yang menghalang mereka dari menjual tiket perlawanan.

    Chelsea menewaskan Real Madrid – yang ketika ini dikendalikan oleh bekas pengurus The Blues, Carlo Ancelotti, dalam peringkat separuh akhir musim lalu sebelum menundukkan pasukan Pep Guardiola di peringkat akhir di Porto dan menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali kedua di bawah pemilik Abramovich. – AFP

    Bekas pemain kebangsaan Perancis, Mikael Silvestre dan Naib Setiausaha AM UEFA, Giorgio Marchetti semasa menghadiri undian bagi menentukan pasukan yang berentap di suku akhir Liga Juara-Juara di Nyon, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda