Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tesla lancar kenderaan elektrik di Thailand

    BANGKOK, 7 DIS – Tesla telah melancarkan jualan kenderaan elektrik Model 3 dan Model Y pada harga yang bertujuan bersaing dengan pengeluar lain seperti BYD dari China.

    Syarikat itu mengadakan pameran hari ini di gedung membeli-belah Siam Paragon di Bangkok. Pembelian dalam talian telah bermula, dengan rancangan untuk menghantar kenderaan kepada pembeli dalam suku pertama tahun depan.

    Pasaran Asia Tenggara dengan lebih 600 juta pengguna semakin menjadi tumpuan pengeluar kereta yang ingin mengembangkan jualan, terutamanya kenderaan elektrik.

    Tesla berkata kenderaan itu akan mempunyai sistem pengemudian satelit terbaharu dan ciri-ciri lain seperti pengemaskinian perisian penyiaran.

    Syarikat itu akan menjual model Performance dan Model 3 Long Range. Model Y akan dijual dalam tiga versi ‘untuk memenuhi permintaan khusus untuk gaya hidup EV setiap pemandu Thai,’ kata syarikat.

    Ia berkata harga adalah dari AS$50,000 hingga AS$71,000.

    Selain itu, Tesla berkata ia akan membuka Pusat Servis dan stesen Supercharger pertama di Thailand pada Mac dan merancang mendirikan sekurang-kurangnya 10 buah lagi di negara itu pada 2023.

    Nithi Thuamprathom, pakar kereta untuk Auto Life Thailand, berkata pelancaran Tesla mungkin memberikan pasaran EV di Thailand satu rangsangan besar, sebahagiannya disebabkan harga dan nilai jenama yang kompetitif, yang merupakan satu kelebihan berbanding pengeluar kereta China seperti BYD. – AP

    Kenderaan elektrik Tesla dipamerkan semasa acara pelancaran kelmarin di Bangkok, Thailand. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...