Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Mitchell bantu Cavaliers tewaskan Lakers

    LOS ANGELES, 7 DIS – Donovan Mitchell baru-baru ini menjaringkan 43 mata untuk membawa Cleveland Cavaliers meraih kemenangan 116-102 ke atas Los Angeles Lakers yang jelas sekali kurang menyengat disebabkan oleh Anthony Davis yang kurang sihat.

    Bintang pemain tengah, Davis telah menjaringkan 99 mata dalam dua perlawanan terakhir Lakers, termasuk ledakan 55 mata dalam kemenangan ke atas Wizards di Washington pada Ahad lalu.

    Walau bagaimanapun, dia hanya bermain selama lapan minit di Cleveland sebelum menarik diri kerana mengalami simptom selesema, sekali gus membenarkan Mitchell dan Cavs untuk mengambil kesempatan dan memperbaiki rekod memberangsangkan mereka kepada 11-1.

    Pemain Lakers, LeBron James menjaringkan 21 mata dan 17 rebounds, namun tidak mencukupi untuk menandingi pasukan di mana dia pertama memulakan kerjaya NBA pada tahun 2003 itu.

    James mendapat sorakan penonton semasa Cavaliers memainkan video penghormatan semasa waktu rehat dan Mitchell, yang menyertai Cleveland melalui perpindahan dari Utah pada bulan September, berasa terharu dengan momen itu.

    Aksi pemain Cleveland Cavaliers, Donovan Mitchell (kanan), bersaing dengan Austin Reaves semasa melawan Los Angeles Lakers di Cleveland, baru-baru ini. – AP

    “Ia memang patut. Dia merupakan salah seorang pemain terbaik sepanjang masa,” kata Mitchell.

    Namun, kemunculan semula James telah dibayangi oleh kehilangan Davis, yang mempunyai purata 34.2 mata dan 15.4 rebounds dalam 10 perlawanan terakhirnya.

    Jurulatih Lakers, Darvin Ham berkata Davis ‘cuba bermain’, walaupun simptomnya, termasuk demam, semakin teruk semasa perlawanan malam itu.

    Dengan ketiadaannya, Mitchell mencari peluang dengan membuat jaringan tiga mata untuk melebarkan jurang mata.

    Pada hujung perlawanan, penonton bersorak untuk Mitchell, bukan lagi untuk James. Walaupun dia mengagumi bintang Lakers itu, Mitchell mengaku dia berasa gembira kerana ‘dapat merosakkan kepulangan’ James. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...