Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tesla mula edar keluaran pertama lori elektrik

    SAN FRANCISCO, 2 DIS – Tesla kelmarin menghantar kumpulan pertama lori elektrik kepada PepsiCo dalam satu majlis yang diadakan di Gigafactory di Sparks, Nevada, Amerika Syarikat.

    Pada majlis berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk memandu satu daripada lori itu dan acara tersebut turut disiarkan secara langsung di Twitter, lapor Xinhua.

    Kali pertama diperkenalkan dalam bentuk konsep lima tahun lalu, kenderaan itu sepatutnya mula dikeluarkan pada 2019 tetapi tertangguh disebabkan kekurangan alat ganti yang melanda dunia dan pandemik COVID-19.

    Kenderaan itu dikuasakan oleh empat motor bebas dan berupaya memecut 0-60 batu sejam dalam 20 saat. Ia turut dilengkapi dengan dengan julat bateri sehingga 500 batu (805 kilometer) apabila menarik beban 82,000 paun (37,195 kilogram).

    Harga mungkin bermula pada AS$150,000, menurut syarikat itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...