Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘The reds masih ada peluang’

    LIVERPOOL, 10 MEI – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata beliau masih percaya bahawa The Reds mampu menewaskan Manchester City untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana dan mengekalkan harapan mereka untuk mencipta sejarah dengan meraih empat gelaran.

    City melebarkan pendahuluan mereka di puncak carta kepada tiga mata dan juga memperbaiki kedudukan perbezaan gol di hadapan Liverpool selepas membelasah Newcastle 5-0 pada Ahad lalu.

    Sementara itu, The Reds terikat seri 1-1 menentang Tottenham sehari sebelumnya. Walau bagaimanapun, Klopp enggan tunduk kepada cadangan bahawa dia kini perlu merehatkan pemainnya menjelang pertemuan akhir Piala FA menenteng Chelsea pada Sabtu dan aksi final Liga Juara-Juara berdepan Real Madrid pada 28 Mei nanti.

    Selain itu, pengurus City, Pep Guardiola mendakwa beliau merasakan seluruh penduduk England ketika ini menyokong Liverpool dalam usaha memburu gelaran tersebut. Namun, Klopp berkata beliau tidak merasa seperti itu dengan perlawanan sukar bakal ditempuh pemainnya semasa bertandang ke gelanggang lawan.

    Peminat Liverpool pasti ada yang menyokong pengurus lawan mereka seterusnya.

    Steven Gerrard tidak pernah menjulang gelaran liga sebagai kapten di Anfield, tetapi dihormati sebagai salah seorang pemain terhebat kelab itu. Villa berjaya berada di zon selamat dengan kemenangan 3-1 di Burnley pada hujung minggu lalu, manakala Gerrard berkata dia tidak akan mempunyai kesetiaan berbelah bahagi ketika berdepan kelab lamanya nanti.

    Liverpool dibelasah 7-2 pada kunjungan terakhir mereka ke Villa Park pada Oktober 2020.

    Tetapi Gerrard bersedia untuk menentang pasukan terbaik dunia ketika ini. – AFP

    Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya dengan kemampuan pasukannya untuk meraih gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara pada musim ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...