Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Thomas Cup: Malaysia benam England

    BANGKOK, 9 MEI – Skuad badminton lelaki Malaysia memulakan kempen pusingan Akhir Piala Thomas 2022 dengan penuh bergaya setelah membenam England 5-0 dalam saingan peringkat pembukaan Kumpulan D di Impact Arena, Vietnam kelmarin.

    Jaguh perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia terbukti terlalu kuat sebagai tandingan Toby Penty apabila berjaya mendahului dengan selesa 8-0 pada awal permainan pembukaan sebelum menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-10, dan set seterusnya 21-15, sekali gus meletakkan pasukan Malaysia 1-0 mendahului lawan.

    Aaron Chia-Soh Wooi Yik menggukuhkan kedudukan Malaysia apabila berjaya mengatasi cabaran sengit Ben Lane-Sean Vendy pada set kedua.

    Bagaimanapun, beregu Malaysia itu terpaksa berhempas pulas setelah tewas 19-21 dalam set pertama, sebelum berjaya bangkit dan menundukkan pasangan Inggeris itu dalam dua set berikutnya, 21-15, 21-16.

    Ng Tze Yong kemudiannya mengesahkan mata kemenangan untuk Malaysia selepas terpaksa bergelut selama 65 minit menentang Johnnie Torjussen, namun berjaya memperoleh kemenangan dengan 21-16, 19-21, 21-11.

    Tze Yong, yang menduduki ranking ke-46 terbaik dunia, kecewa setelah terpaksa tunduk pada Torjussen dalam set kedua, namun akhirnya berjaya menyumbang mata ketiga untuk skuad Malaysia.

    Goh Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan momentum kemenangan pasukan Malaysia apabila menewaskan Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9 untuk menjadikan kedudukan Malaysia 4 England 0.

    Perseorangan ketiga Malaysia, Leong Jun Hao menghadiahkan kemenangan bermakna buat Malaysia setelah hanya memerlukan 40 minit untuk menewaskan Cholan Kayan dengan 21-11, 21-18. – Bernama

    Aksi pemain badminton perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia pada Kejohanan Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...