BANGKOK, 9 MEI – Thailand akan menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kana-kanak (CRS) untuk kenderaan persendirian bermula 5 September.
Pindaan Akta Trafik Darat menetapkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun wajib menggunakan CRS untuk mengelakkan kecederaan.
Di bawah pindaan undang-undang itu, membenarkan penggunaan CRS berharga antara 600 hingga 700 baht berbanding CRS yang harganya melebihi 10,000 baht setiap satu.
Selain itu, Thailand akan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar untuk pemandu dan semua penumpang depan dan belakang.
Mereka yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda maksimum 2,000 baht. – Bernama