Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    ‘Tiada perjanjian dimeterai’

    PARIS, 10 MEI – Spekulasi mengenai destinasi Lionel Messi seterusnya selepas Paris Saint-Germain (PSG) bertukar menjadi tidak terkawal sehingga membuatkan bapa pemain itu campur tangan kelmarin dengan mengatakan tiada perjanjian telah dipersetujui mengenai perpindahan ke Arab Saudi atau kembali ke Barcelona.

    Kontrak Messi bersama PSG sah sehingga penghujung Jun, dan bapanya, Jorge Messi berkata tiada apa yang akan diputuskan sebelum musim PSG tamat pada 3 Jun.

    “Selalu ada khabar angin dan ramai yang menggunakan nama Lionel untuk menjadi terkenal tetapi hanya ada satu kebenaran dan kami boleh memberi jaminan bahawa tiada perjanjian dengan sesiapa pun,” tulis Jorge Messi di akaun Instagramnya.

    “Tiada perjanjian sama sekali dengan mana-mana kelab untuk musim depan dan keputusan tidak akan diambil sebelum Lionel menamatkan musim bersama PSG. Kami akan menilai keadaan pada penghujung musim,” ujarnya lagi.

    Isu tersebut menjadi heboh kelmarin mengenai di mana pemenang Piala Dunia dari Argentina itu akan bermain pada musim depan. Kekal di PSG merupakan keputusan yang mustahil, manakala Inter Miami dalam Major League Soccer juga mengejar pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu.

    Media Perancis sebelum ini melaporkan bahawa Messi mencapai perjanjian lisan dengan kelab Arab Saudi yang tidak dinamakan, satu langkah yang akan meletakkannya kembali ke liga yang sama seperti Cristiano Ronaldo.

    Pendahulu liga, PSG berbaki empat perlawanan dan menamatkan kempen di tempat sendiri menentang Clermont. Messi menjaringkan 15 gol liga setakat ini dan mendahului carta dengan 15 assist.

    Kedua-dua kelab, Barcelona dan Al Hilal jelas mahukan Messi, yang berusia 36 tahun bulan depan dan mahu terus bermain untuk Argentina. Kelayakan Amerika Selatan ke Piala Dunia 2026 bermula pada September, dengan Argentina di tempat sendiri menentang Ecuador. – AP

    Reaksi Lionel Messi semasa sesi pemanasan badan sebelum perlawanan bola sepak Ligue 1 di stadium Parc des Princes di Paris pada 30 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...