Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tiga ahli Asterawani terima anugerah

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Asterawani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Tiga ahli Angkatan Sasterawan Negara Brunei Darussalam (Asterawani) yang telah menerima anugerah Hari Guru dan Anugerah Penulis Asia Tenggara telah diraikan pada majlis yang berlangsung di Restoran De Coral, Jalan Babu Raja, Beribi, baru-baru ini.

    Penerima anugerah yang diraikan ialah Profesor Madya Dr Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid yang mene-rima Anugerah Guru Berjasa Tahun 2020 sempena Hari Guru ke-31; Haji
    Mohd Daud bin Taha, penerima Anugerah Guru Berjasa Tahun 2021 dan Dr Haji Morsidi bin Haji Muhammad yang merupakan penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) bagi Negara Brunei Darussalam pada 2021.

    Hadir menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga penerima itu ialah Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

    Ketua 1 Asterawani, Profesor Madya Ampuan Dr Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkongsi pencapaian dan sumbangan yang telah diberikan oleh ketiga-tiga penerima anugerah dalam pembangunan sastera dan budaya.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim dan ahli-ahli Asterawani.

    Awang Suip menyampaikan sijil penghargaan kepada Haji Mohd Daud.
    Awang Suip dan penerima anugerah bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...