Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Tiga cedera akibat ribut tropika

    MANILA, FILIPINA, 24 OGOS – Ribut tropika membadai utara Filipina hari ini, menyebabkan tiga orang cedera dan ribuan lagi hilang tempat tinggal hingga mendorong pihak berkuasa menutup sekolah dan pejabat kerajaan.

    Ribut Tropika Ma-on menjadi lemah selepas membadai wilayah utara kemudian mendarat di bandar Maconacon di wilayah Isabela pagi kelmarin, menurut peramal kaji cuaca.

    Ribut mungkin bertambah kuat di laut ketika ia menuju ke selatan China, katanya.

    Walaupun ribut melanda kawasan hujung utara wilayah Luzon, Presiden Ferdinand Marcos Jr menangguhkan semua sekolah dan tugas kerajaan kelmarin hingga hari ini di Manila yang padat dengan penduduk dan beberapa wilayah terpencil sebagai langkah berjaga-jaga di tengah-tengah bencana banjir dan angin kencang. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...