Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Tiga dipenjara curi seni berharga AS$637 juta

    HONG KONG, 13 MEI – Tiga orang pencuri yang tidak menyedari bahawa mereka telah mencuri karya seni bernilai AS$637 juta di Hong Kong telah dihukum penjara hari ini, menurut laporan media tempatan.

    Komuniti seni di Hong Kong telah dikejutkan dengan kejadian kecurian terbabit yang termasuk skrol setinggi dua meter mengandungi laporan Politburo 1929 ditulis oleh Mao Zedong bernilai ratusan juta dolar – tetapi dijual pada harga AS$25 kepada seorang pengumpul amatur.

    Apabila pihak polis mendapatkan semula barangan tersebut sebulan selepas ia dicuri, mereka mendapati ia telah dipotong menjadi dua untuk memudahkan ia disimpan oleh pengumpul amatur itu, yang berkata dia tidak menyedari ia adalah barangan asli.

    Barangan tersebut telah dipindahkan pada September 2020 dari sebuah apartmen yang dimiliki oleh seorang pengumpul China, Fu Chunxiao di daerah Kowloon.

    Barang-barang rampasan keseluruhannya dianggarkan bernilai AS$637 juta, dengan skrol yang ditulis oleh Mao itu sahaja bernilai HK$2.3 bilion, menurut South China Morning Post (SCMP), menjadikannya nilai rompakan terbesar di bandar itu.

    Ho Yik-chiu, 46, Ng Wing-lun, 45, dan Hui Ping-kei, 48 tahun telah dihukum penjara dua tahun setengah selepas mengaku bersalah kerana terlibat dalam jenayah, menurut laporan SCMP.

    Sebahagian besar baranganrampasan masih belum ditemui. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...