Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tiga syarikat pengiklanan kena kompaun

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Tiga buah syarikat pengiklanan telah dikeluarkan kompaun oleh Bahagian Penguatkuasaan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), hari ini, atas pelbagai kesalahan.

    Menurut kenyataan ABCi, dua buah syarikat masing-masing dikenakan kompaun $1,000 di bawah Peraturan 12, Peraturan Kawalan Bangunan, 2016 kerana memaparkan papan tanda perniagaan tanpa kebenaran di Bangunan Promenade Samakaya, Jalan Muara.

    Sementara itu, sebuah syarikat dikenakan tiga kompaun berjumlah $2,500 bagi kesalahan memaparkan iklan tanpa rujukan yang diluluskan dan dua kesalahan memaparkan papan tanda perniagaan tanpa kebenaran di beberapa lokasi.

    Kesemua syarikat berkenaan diberikan tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan syarikat pengiklanan yang dilantik mempunyai pendaftaran yang sah serta mana-mana papan tanda perniagaan atau papan-papan iklan yang dipaparkan di luar kawasan premis perniagaan hendaklah mendapatkan kebenaran dan mengikut Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...