Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    TDC Holdings penaja platinum TFC Sdn Bhd

    KUALA NERUS, 18 JAN – Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd menerima tajaan berjumlah RM4.5 juta daripada syarikat produk kesihatan dan makanan, TDC Holdings hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata penajaan tersebut merupakan terbesar diterima musim ini sekali gus melayakkan TDC Holdings menjadi penaja platinum untuk dua musim berturut-turut.

    “Kami bersyukur kerana TDC Holdings sudi menjadi sebahagian keluarga besar TFC Sdn Bhd. Dengan penajaan ini, TDC Holdings yang menggunakan jenama ‘Colever’ akan berada pada jersi pasukan TFC pada musim ini dan musim depan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M).

    “Kita harap kerjasama strategik ini akan memanfaatkan kedua-dua pihak,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani kontrak penajaan antara TFC Sdn Bhd dan TDC Holdings hari ini.

    Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Mohd Hafizuddin Hiew Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn Bhd Mohd Sabri Abas.

    Sementara itu, Mohd Hafizuddin Hiew berkata prestasi cemerlang pasukan Terengganu Football Club (TFC) dalam arena bola sepak negara membuatkan pihaknya tertarik untuk menjalin kerjasama strategik dalam tempoh dua tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...