Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tiga terkorban dalam serangan sempadan Turkiye

    ANKARA, 21 NOV – Kumpulan pejuang Kurdish yang berpangkalan di Syria disyaki melancarkan roket melepasi sempadan Turkiye hari ini, dengan insiden itu mengakibatkan kira-kira tiga maut dan 10 lagi individu cedera, kata pihak berkuasa.

    Roket itu menyerang sekolah tinggi dan dua rumah di bandar Karkamis, di wilayah Gaziantep, selain sebuah trak berhampiran pintu sempadan Turkiye-Syria, lapor agensi berita Anadolu.

    Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu berkata mereka yang maut itu termasuk seorang guru dan dua kanak-kanak. Satu daripada roket mendarat di perkarangan sebuah sekolah, bagaimanapun dalam insiden itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

    Soylu berkata seorang askar dan tujuh pegawai polis cedera dalam tembakan berasingan didalangi suspek militan Kurdish yang menyasarkan kawasan sempadan di Kilis.

    Beliau turut berkata Turkiye akan bertindak balas terhadap serangan itu ‘dengan cara yang paling keras’.

    Pihak berkuasa Turkiye mendakwa Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan sayapnya di Syria, Unit Perlindungan Rakyat (YPG) bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.

    Kumpulan militan Kurdish itu bagaimanapun menafikan mereka dalang di sebalik serangan tersebut. – AP

    Penduduk memeriksa tapak yang musnah akibat serangan udara Turki di kampung Taql Baql, wilayah Hasakeh, Syria pada 20 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...