Wednesday, May 22, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Tingkat kemahiran memasak, buka peluang pekerjaan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Seramai 17 orang klien seliaan Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) hari ini telah menerima sijil atas kejayaan mereka menamatkan Kursus Masakan di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLC) Kementerian Pendidikan di Lambak Kanan dan Kursus Pembuatan Makanan di Pusat Inkubator Makanan Perusahaan Kecil Kilanas.

    Majlis penyampaian sijil berlangsung di Pejabat MKM di Flat Anggerek Desa, Berakas disempurnakan oleh Yang Dipertua MKM, Awang Mohd Yusof Shaik Abdul Halim.

    Para peserta mengikuti Program Masakan itu di LLC memulakan kursus pada 10 Disember 2023 hingga 31 Januari lalu.

    Manakala di Inkubator Makanan Perusahaan Kecil, Pusat Penyelidikan Pertanian Kilanas, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan pula, peserta telah mengikuti Bengkel Pemprosesan Sos Cili pada 5 Julai 2023.

    Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua MKM, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya, berkata bahawa antara lain tujuan kursus berkenaan diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran memasak peserta yang kemudiannya membuka peluang pekerjaan atau membolehkan mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan sendiri.

    Ia selaras dengan misi MKM untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui pemberdayaan ekonomi.

    Di samping, ianya juga diharap dapat membantu peserta dalam meningkatkan keyakinan diri dan keterampilan interpersonal mereka melalui interaksi dalam kelas masakan di mana keterampilan penting untuk membina keberkesanan komunikasi dan kerjasama, yang mana juga akan berguna dalam aspek kehidupan mereka yang lain.

    MKM turut mengharapkan kursus masakan ini dapat menjadi platform bagi peserta untuk mengembangkan rangkaian sosial mereka dan dengan berinteraksi dengan peserta lain, ianya dapat bertukar-tukar ilmu dan membina hubungan yang mungkin bermanfaat bagi perjalanan kariernya di masa depan.

    “MKM berharap kursus ini tidak hanya mengajarkan kemahiran memasak, tetapi juga memberi manfaat yang lebih luas dalam aspek kehidupan dan kesejahteraan peserta,” jelasnya.

    Gambar ramai peserta bersama Yang Dipertua MKM dan ahli MKM. – GAMBAR SERAHAN MKM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India periksa syarikat rempah selepas dakwaan pencemaran

    MUMBAI, 21 MEI - Lembaga rempah kerajaan India telah melancarkan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat terkemuka susulan larangan daripada negara asing berikutan tuduhan...