Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Tingkat pemahaman Skim Persaraan Kebangsaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Dengan matlamat untuk meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai Skim Persaraan Kebangsaan (SPK), Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan sesi taklimat mengenai SPK untuk pegawai dan kakitangan di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), yang berlangsung secara berasingan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan TAP, hari ini, sesi-sesi taklimat yang telah dihadiri oleh lebih 900 orang itu telah disampaikan oleh pengarah urusan TAP bersama pemangku timbalan pengarah urusan TAP.

    Sesi tersebut antara lain menerangkan objektif penubuhan SPK untuk mengukuhkan lagi kesejahteraan sosial para ahli TAP semasa menempuhi persaraan dengan mengambil kira pelbagai faktor dan cabaran yang dihadapi seperti penggunaan kaedah kadar penggantian pendapatan (IRR) untuk memberikan pendapatan persaraan yang lebih baik kepada setiap golongan terutamanya yang berpendapatan rendah, pembayaran anuiti atau bulanan dipanjangkan sehingga sepanjang hayat bagi menangani kadar umur yang kian meningkat.

    Turut dibincangkan dalam sesi taklimat adalah perkara yang berkaitan jenis pengeluaran SPK lebih fleksibel dan membolehkan pengeluaran bagi kegunaan ahli-ahli sebelum bersara, kebajikan tanggungan menerusi perlindungan bagi tanggungan lebih diperluaskan bukan sahaja sebelum bersara tetapi juga sehingga selepas bersara.

    Selain itu, skim baharu SPK ini juga lebih inklusif, di mana ia bukan sahaja terhad kepada pekerja-pekerja di sektor formal, malah dibukakan juga kepada ahli-ahli yang bekerja di sektor tidak formal atau mereka yang bekerja sendiri untuk mempunyai simpanan persaraan.

    Di samping sesi taklimat, para peserta juga berpeluang memberikan maklum balas mengenai SPK semasa sesi aktiviti untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka.

    Pemberigaan sedemikian akan diteruskan di sepanjang bulan ini dan diadakan secara berperingkat sepertimana yang dijadualkan ke kementerian-kementerian, sektor swasta, sektor informal dan juga majikan-majikan.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat yang terkini mengenai SPK boleh melayari laman sesawang TAP di www.tap.com.bn dan juga laman media sosial rasmi serta boleh terus menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja ataupun melalui emel di ask@tap.com.bn untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut.

    Antara yang hadir pada taklimat TAP yang berlangsung baru-baru ini. – Gambar serahan TAP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...