Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Verstappen julang trofi Azerbaijan

    BAKU, 13 JUN – Juara dunia, Max Verstappen mendahului Red Bull dalam perlumbaan Grand Prix Azerbaijan untuk meraih gelaran juara selepas Charles Leclerc yang berada di petak pertama terpaksa menahan penderitaan kerana tidak dapat meneruskan perlumbaan.

    Dalam perlumbaan itu, Sergio Perez mengatasi Leclerc sebelum Verstappen menguasai perlumbaan apabila Ferrari yang dipandu Carloz Sainz dan kemudian Leclerc mengalami kerosakan pada enjin.

    George Russel menduduki tempat ketiga mendahului ahli pasukannya, Lewis Hamilton, yang memerlukan pertolongan untuk keluar dari kokpitnya kerana mengalami kesakitan pada tulang belakangnya.

    Kemenangan tersebut adalah kemenangan kelima Verstappen pada musim ini, dan yang ke-25 dalam kerjayanya, mengekalkan kedudukannya ketika Perez berjaya naik ke tempat kedua, 21 mata di belakang juara. Namun, Leclerc terjatuh dengan jurang 34 mata.

    Ia adalah detik istimewa untuk pasukan Red Bull, setelah 80 mata mendahului Ferrari dalam kejohanan itu sebelum beraksi dalam perlumbaan pusingan kesembilan di Montreal pada minggu hadapan.

    Reaksi Max Verstappen menjulang trofi selepas memenangi perlumbaan Formula Satu Grand Prix Azerbaijan di Baku. – AFP

    Sementara itu, Ferrari sering kali tewas pada saat-saat akhir untuk merangkul kemenangan membuatkan strategi mereka menjadi satu pertikaian atau ketidakpercayaan mula kelihatan yang berpotensi menjejaskan cita-cita mereka.

    Leclerc tidak berhasil menggunakan kelebihan berada di petak pertama untuk memenangi perlumbaan buat kali keempat, mengundang kekecewaan.

    “Hari yang lebih baik akan tiba jika pasukan bekerjasama,” kata Sainz.

    Kalimat itulah yang sering diucapkan oleh pasukan Mercedez kepada diri mereka sendiri, akan tetapi setiap musim mereka mengalami kesukaran untuk menggunakan potensi kenderaan mereka sepenuhnya.

    Walau bagaimanapun, dengan kesukaran yang dialami, Russell berjaya menduduki tempat keempat dalam perlumbaan tersebut dan Mercedez berada di tempat ketiga. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...