Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tingkatkan pengetahuan hadapi cabaran perniagaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 penubuhannya di negara ini, Forum Perniagaan Britain Brunei (BBBF) telah mengadakan ceramah bertajuk ‘Kepimpinan dan Bekerjasama’ yang dihadiri oleh 50 ahli dan tetamu, hari ini.

    Ceramah telah disampaikan oleh Ketua Brunei Garison, MBE, Lt Kolonel Andrew Todd. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Catherine Pochkhanavala-Cleeve dan Atase Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Britain, Kapten Kumpulan Graeme Davis.

    Pengerusi BBBF, Siva Subramaniam dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa dengan cabaran yang dihadapi oleh ahli perniagaan dan masyarakat kebelakangan ini, ceramah berkenaan akan memberikan gambaran cara mengatasi halangan dan kesukaran.

    Menurut beliau, antara tujuan aktiviti sedemikian diadakan adalah untuk menyediakan pengetahuan kepada peniaga yang mungkin menghadapi pelbagai cabaran dalam perniagaan mereka.

    “Di samping itu, acara kami juga menawarkan ahli peluang untuk bertemu dan berkongsi pengalaman sambil meneroka peluang perniagaan yang berpotensi,” jelasnya.

    Lt Kolonel Andrew Todd, Catherine Pochkhanavala-Cleeve, Siva Subramaniam semasa sesi bergambar ramai selepas ceramah tersebut. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi Britain
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...