Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    De Bruyne bawa City hampiri kejuaraan Liga Perdana

    WOLVERHAMPTON, UNITED KINGDOM, 12 MEI – Pep Guardiola menyifatkan prestasi Kevin De Bruyne sebagai luar biasa selepas pemain Belgium itu menjaringkan empat gol semasa membelasah Wolves 5-1 yang membawa Manchester City selangkah lebih dekat untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana kelmarin.

    City hanya memerlukan empat mata daripada kunjungan ke West Ham Ahad ini dan kunjungan Aston Villa pada hari terakhir musim ini untuk dinobatkan sebagai juara buat kali keempat dalam tempoh lima tahun.

    Selaras dengan prestasi mereka dalam beberapa minggu kebelakangan ini, City telah menghilangkan kebimbangan awal dengan menjaringkan gol pertama ketika Bernardo Silva menyusupkan bola kepada De Bruyne untuk merembat buat kali pertama ke gawang Wolves.

    Pasukan pelawat, bagaimanapun, bermain tanpa tiga pemain pertahanan utama iaitu Kyle Walker, John Stones dan Ruben Dias disebabkan kecederaan.

    Pedro Neto yang tidak dikawal, masuk ke dalam kotak City dan membuat hantaran lintang rendah kepada Leander Dendoncker untuk menyamakan kedudukan 1-1.

    Parity kemudian hanya mampu bertahan lima minit kerana De Bruyne beraksi tangkas menyumbat gol kedua City.

    Raheem Sterling gagal menyambung hantaran pasukannya ke tengah-tengah pertahanan Wolves, dan Sa hanya mampu mengembalikan bola ke laluan De Bruyne dan dia menyempurnakan peluang itu dengan baik.

    Pada minit ke-24, pemain berusia 30 tahun itu membidik dari luar kotak dan merembat ke sudut bawah gawang lawan untuk melengkapkan hatrik, dengan ketiga-tiga gol dijaringkan oleh kaki kirinya yang dikatakan lebih lemah.

    Sterling mengesahkan kemenangan 5-1 City kelmarin dengan jaringan gol pada minit ke-84 perlawanan. – AFP

    Aksi Kevin De Bruyne menjaringkan gol keempatnya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...