Toronto ketatkan keselamatan di masjid

TORONTO, 18 APRIL – Bandar Toronto di Kanada mengetatkan kawalan keselamatan di masjid dan pusat komuniti Islam pada Ahad susulan kejadian lima jemaah ditembak sejurus selepas menunaikan solat Tarawih, lapor Agensi Anadolu.

Ketua polis Daerah Peel, Nishan Duraiappah dalam hantaran di media sosialnya berkata pihak polis meningkatkan protokol keselamatan di masjid dan pusat komuniti milik umat Islam di wilayah itu.

Ketua Polis Toronto James Ramer berkata usaha menjejaki penyerang masih diteruskan dan menggesa mereka mempunyai maklumat supaya tampil membantu pihak polis.

Lima jemaah ditembak ketika keluar dari masjid sejurus selesai menunaikan solat tarawih.

Sementara itu, dua mangsa yang cedera masih menerima rawatan di hospital. – Bernama