Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Trofi Terbuka Hall of Fame ATP milik Cressy

    NEWPORT, AMERIKA SYARIKAT, 18 JULAI – Maxime Cressy dari Amerika Syarikat memenangi kejuaraan ATP pertamanya selepas menewaskan pemain Kazakhstan, Alexander Bublik 2-6, 6-3, 7-6 (7/3) di pentas akhir Terbuka Hall of Fame ATP kelmarin.

    Cressy kelahiran Perancis, yang bersaing untuk tanah airnya sehingga menjadi warga Amerika pada 2018, mencapai dua final ATP pertamanya awal tahun ini selepas tewas kepada Rafael Nadal di Melbourne pada Januari dan Taylor Fritz di Eastbourne pada bulan lalu.

    Percubaannya kali ketiga kelmarin terbukti membuahkan hasil apabila Cressy mengatasi Bublik di acara padang rumput untuk menang selepas dua jam 23 minit dengan merembat 14 ace, mengatasi 13 double faults dan menjulang trofi selepas ketinggalan satu set dan peluang break.

    Sementara itu, Bublik yang memenangi mahkota ATP pertamanya pada Februari di Montpellier, gagal menjadi pemain Kazak pertama yang memiliki beberapa gelaran ATP.

    Bublik yang juga kelahiran Rusia, mula bermain untuk Kazakhstan pada 2016 dan tewas empat final ATP pertamanya. Salah satunya ialah semasa di Newport pada 2019 ketika berdepan dengan pemain Amerika Syarikat, John Isner.

    Pemain ranking ke-42 ​​dunia, Bublik dan Cressy yang berada di ranking ke-41, kedua-duanya berusia 25 tahun dan bertemu buat kali pertama di pentas final semasa perlawanan kelmarin.

    Dalam kedudukan tie-breaker, Cressy mendahului 2-1 apabila Bublik melakukan double faulted. Cressy kemudiannya mengakhiri perlawanan dengan pukulan backhand bagi mengambil tiga mata terakhir untuk menjamin kemenangan. – AFP

    Maxime Cressy memenangi kejuaraan ATP pertamanya semasa pusingan akhir Terbuka Hall of Fame ATP kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...