Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tsitsipas bangkit menewaskan Musetti

    PARIS, 25 MEI – Pilihan keempat dan naib juara pada 2021, Stefanos Tsitsipas bangkit dari ketinggalan dua set untuk mengalahkan Lorenzo Musetti di Terbuka Perancis dalam perlawanan pusingan pertama.

    Bintang Greece, Tsitsipas menang 5-7, 4-6, 6-2, 6-3, 6-2 untuk mara ke pusingan kedua apabila Musetti yang berusia 20 tahun tersungkur dari ambang kemenangan untuk Roland Garros kedua berturut-turut.

    Tahun lalu, Musetti memenangi dua set pertama menentang Novak Djokovic dalam pusingan 16 terakhir, sebelum mengalami kecederaan pada set terakhir yang memaksanya untuk menarik diri.

    Musetti bermula dengan cemerlang dalam perlawanan pusingan pertama sesi malam pada Selasa lalu, apabila bangkit daripada ketinggalan 1-4 pada set pembukaan.

    Pemain nombor 66 dunia itu bangkit pada set kedua, mengatasi Tsitsipas sama seperti ketika menentang Djokovic. Tetapi kemudian Tsitsipas selesa menguasai dua set seterusnya.

    Tsitsipas menyertai kejohanan itu dengan kejayaan mempertahankan gelaran Monte Carlo dan tempat naib juara di Madrid.

    Dia juga mendahulu senarai kemenangan musim ini dengan 31 dan kemudian menjadi 32 hasil dua pukulan servis penentuan.

    Tsitsipas akan berdepan pemain kelayakan Czech, Zdenek Kolar untuk menempah tempat ke pusingan 32 terakhir. – AFP

    Aksi Stefanos Tsitsipas dari Greece semasa perlawanan perseorangan lelaki hari ketiga kejohanan tenis Terbuka Roland-Garros kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...