Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tuchel jangka bina semula chelsea

    LONDON, 19 MEI – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menjangkakan pasukan London itu akan menghadapi tempoh pembinaan semula berikutan penjualan yang dirancang oleh kelab itu.

    The Blues disekat daripada membuat pembelian baharu atau mendapatkan pemain sedia ada di bawah syarat ketat lesen sementara kerajaan British.

    Pemilik kelab, Roman Abramovich menawarkan Chelsea di pasaran pada awal Mac, hanya beberapa hari sebelum beliau dikenakan sekatan oleh kerajaan berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Selepas proses bidaan yang panjang, sebuah konsortium yang diketuai oleh pemilik bersama LA Dodgers, Todd Boehly, telah memenangi pertaruhan untuk membeli kelab Liga Perdana itu dalam perjanjian £4.25 bilion.

    Kerajaan, walau bagaimanapun, masih belum memberikan lesen untuk menyelesaikan penjualan dan langkah terakhir bagi proses pembelian tersebut berada di tengah-tengah kebimbangan tentang hubungan Abramovich dengan presiden Rusia Vladimir Putin.

    Chelsea akan kehilangan Antonio Rudiger kepada Real Madrid dan Andreas Christensen kepada Barcelona secara percuma pada penghujung musim dan tiada kepastian mengenai pengganti mereka di Stamford Bridge.

    Pasukan Tuchel berada di tangga ketiga Liga Perdana menjelang perlawanan kedua terakhir mereka musim ini di tempat sendiri menentang Leicester pada Khamis nanti dan ketinggalan 19 mata di belakang Liverpool di tangga kedua serta 20 mata di belakang pendahulu Manchester City. – AFP

    Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berharap pasukannya bersedia untuk kembali fokus. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...