Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Turki lancar operasi antikeganasan di Iraq

    ANKARA, 18 APRIL – Turki melancarkan operasi baharu antikeganasan rentas sempadan yang menyasarkan lokasi persembunyian kumpulan pengganas PKK di utara Iraq, lapor Agensi Anadolu.

    Menteri Pertahanan Hulusi Akar pada Isnin berkata dalam Operasi Claw-Lock itu, pasukan komando dan anggota khas dibantu pesawat udara tanpa pemandu (UAV), helikopter dan artileri, menyasarkan kawasan Metina, Zap dan Avasin-Basyan. Beliau berkata lokasi persembunyian, depoh peluru, ibu pejabat dan rangkaian terowong telah dimusnahkan. 

    Sementara itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan operasi itu dilancarkan selepas kumpulan pengganas merancang untuk melancarkan serangan besar-besaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...