Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Turki tutup ruang udara untuk pesawat Rusia

    ISTANBUL, 24 APRIL – Turki menutup ruang udaranya kepada pesawat awam dan tentera milik Rusia yang terbang ke Syria, kata media tempatan memetik Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu.

    Pengumuman itu menandakan satu tindak balas paling tegas oleh Turki setakat ini – yang menjalin hubungan rapat dengan Moscow walaupun menjadi ahli pakatan pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) – terhadap serangan tentera Rusia selama dua bulan ke atas Ukraine.

    “Kami menutup ruang udara kepada pesawat tentera Rusia – termasuk kepada pesawat awam – yang terbang ke Syria.

    “Mereka sudah diberi masa sehingga April dan kami telah memintanya pada Mac,” lapor media Turki memetik kenyataan Cavusoglu.

    Cavusoglu berkata bahawa beliau sudah memanjangkan keputusan itu kepada rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov, yang kemudian menyampaikannya kepada Presiden Vladimir Putin.

    “Satu atau dua hari kemudian, mereka berkata: Putin sudah mengeluarkan arahan, kami tidak akan terbang lagi,” Cavusoglu dipetik sebagai berkata kepada wartawan Turki dalam pesawatnya yang menuju ke Uruguay sambil menambah larangan itu akan kekal untuk tempoh tiga bulan.

    Tiada sebarang maklum balas segera diberikan Rusia terhadap pengumuman Turki, yang bersama Iran menjadi penyokong penting Presiden Syria, Bashar al-Assad semasa perang saudara di negara bergolak itu.

    Turki cuba menjadi pengantara bagi menamatkan konflik itu, dengan menganjurkan pertemuan antara wakil rundingan Rusia dan Ukraine di Istanbul, serta satu lagi antara Lavrov dan rakan sejawatnya di Ukraine, Dmytro Kuleba di Antalya.

    Ankara kini cuba mengatur sidang kemuncak Istanbul antara Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, walaupun Cavusoglu mengakui prospek rundingan sedemikian ketika ini masih malap. – AFP

    Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan semasa mesyuarat kumpulan parlimen di Perhimpunan Negara Turki di Ankara, Turki baru-baru ini. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...