Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Tze Yong, Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua

    KUALA LUMPUR, 25 JAN – Pemain perseorangan lelaki utama Malaysia, Ng Tze Yong melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Masters Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Hans Kristian Vittinghus di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

    Tze Yong yang menghuni ranking ke-28 dunia tidak berdepan masalah melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain di kedudukan ke-34 dunia itu dengan kemenangan straight set 21-7, 21-14 dalam tempoh 36 minit.

    Pemain berusia 22 tahun itu, bagaimanapun bakal berdepan ujian getir selepas dijadual menentang pemain ranking ke-12 dunia, Lakshya Sen dari India pada pusingan kedua esok.

    Dalam pada itu, pasangan beregu lelaki nombor satu Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mencipta kemenangan selepas mengetepikan cabaran beregu senegara Boon Xin Yuan-WWong Tien Chi 21-14, 21-9 dalam tempoh 30 minit.

    Aaron-Wooi Yik yang kini menghuni kedudukan kedua dunia, sekali gus berpeluang menebus kekalahan di tangan beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada Terbuka India 2023 pada minggu lepas, apabila masing-masing akan bertemu pada pusingan kedua esok.

    Wei Keng-Chang melangkah ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasangan dari Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-18, 22-20. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...